Mengenai PPK Kg Pelet

My photo
Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
Pertubuhan Peladang Kawasan Kampong Pelet telah ditubuhkan pada tahun 1974 dengan keluasan kawasan pengendalian seluas 7,356.11 hektar persegi. Keahlian terkini pada tahun 2008 adalah seramai 2,531 orang dengan jumlah pegangan saham sebanyak RM 1.1 juta. PPK Kg Pelet telah bergiat aktif menjalankan pelbagai projek-projek yang berorientasikan keuntungan dan berorientasikan perkhidmatan kepada ahli-ahli. Projek-projek yang berorientasikan keuntungan adalah seperti Projek Estet Padi, Projek Sewaan Rumah Kedai, Projek Ternakan Kambing, Kontrak-Kontrak Kerajaan serta Jualan Input-input Pertanian. Projek-projek dilaksanakan untuk menjana keuntungan bagi mengukuhkan kewangan PPK bagi membolehkan PPK berkhidmat untuk ahli-ahlinya.

Gambar Lokasi Projek Kambing PPK

Gambar Lokasi Projek Kambing PPK
Bangunan Kandang Kambing Kacukan

PROJEK TERNAKAN KAMBING PPK

Projek ternakan kambing adalah projek yang diuruskan sendiri oleh PPK Kg Pelet secara korporat. Projek ini bermula pada tahun 2007 dan masih beroperasi sehingga sekarang. Konsep projek ini adalah menjadi pengeluar kambing pedaging secara komersial di samping menjadi pengeluar baka yang berkualiti tinggi.

Prestasi terbaik bagi Volume jualan projek ini adalah berjaya mencecah RM 40 ribu setahun. Kini, pihak PPK akan cuba mengembangkan skala projek sedia ada ke arah projek berskala kormersial. Projek memiliki lebih kurang 200 ekor di atas kandang.

Pihak PPK berusaha untuk mempromosikan projek ini dan terbitan blog ini salah usaha kami untuk memperkenalkan projek kami kepada anda semua.....

sila hubungi kami jika anda berminat untuk berurusan dengan kami! kami mengalu-alukan kedatangan anda.




JUALAN RUMPUT NAPIER

Kami memiliki seluas 2 ekar ladang rumput napier...... dan kami turut menjual rumput dengan harga seprti berikut:
Rumput yang belum diproses (belum dirincih):
1 kg = RM 0.10
Rumput siap diproses (dirincih):
1 kg = RM 0.30
Hubungi kami jika anda berminat...

HUBUNGI KAMI......

Sebarang permasalahan, pertanyaan lebih lanjut sila hubungi kami di alamat dan di talian seperti berikut....
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN KAMPONG PELET
14400, KUBANG SEMANG
SPT, PULAU PINANG
TEL: 04-5213250
TEL: 04-5212708
FAX: 04-5212684

JUALAN TINJA KAMBING

Kami juga menawarkan jualan tinja seperti berikut:

1 beg saiz 50kg = RM 4.00 / kpt
1 beg saiz 25 kg = RM 2.00 /kpt

Harga di atas adalah termasuk kos beg dan upah kaut tinja.....

HARGA JUALAN KAMBING PEDAGING.....

KAMI MENAWARKAN HARGA JUALAN PEDAGING YANG BERPATUTAN MENGIKUT HARGA PASARAN SEMASA.........

1 KILO (BERAT HIDUP) = RM 13.00/KILO
KOS MELAPAH = RM 50/EKOR (JIKA PERLU)

HARGA DAGING SEGAR........

Harga 1 kg = RM 26.00 (untuk kambing kacuk)
Harga 1 kg = RM 28.00 (untuk kambing Boer)

semua daging-daging ini dijual terus di pejabat kami di PPK Kg pelet.....


sila datang dan dapatkan segera....